Search This Blog

Sunday, 8 January 2012

13 Cara Untuk Menjadi Ramping

Siasat makeup

1. Shading
Gunakan alas bedak setahap lebih gelap dari warna kulit. Buatlah bayangan gelap (shading) di bawah tulang pipi, bahagian rahang dan hidung bahagian sisi. Baurkan dengan span.

2. Tulang Pipi
Buatlah highlight (bayangan terang) pada bahagian tulang atas wajah menggunakan blush on bentuk powder. Gunakan warna merah muda atau coklat muda dan pulaskan dari kening hingga hidung, untuk membuat wajah lebih tirus.

3. Alis
Bentuk alis biasanya mempengaruhi riasan mata secara keseluruhan. Jika anda mempunyai wajah bulat, rampingkan dengan membuat jarak antara mata dan alis. Untuk mendapatkan alis seperti semulajadi, jangan mencabut habis alis mata. Pertegas alis dengan menggunakan pensil alis atau shadow setahap lebih terang dari warna alis. Supaya tidak kelihatan kaku, jangan menekan pensil alis dan beransur-ansur menipis pada hujungnya. Kemudian sikat perlahan untuk mengaburkan garis.

Rambut

4. Belahan Samping
Untuk menata wajah bulat anda, sebaik-baiknya buat belahan rambut di bahagian kanan atau kiri. Hindari belahan tengah, kerana ia akan membuat wajah anda kelihatan penuh. Gunakan lengkungan alis untuk membentuk belahan.

5. Tutupi Pipi
Untuk membuat wajah tampak lebih ramping, tutupi bahagian pipi dengan rambut. Begitu juga jika dahi anda tergolong lebar, jangan menata rambut dengan menarik rambut depan ke belakang.

6. Tarik Rambut Belakang
Jika leher anda tergolong pendek, dalam penataan ada baiknya rambut belakang ditarik ke atas atau pilih potongan rambut yang memperlihatkan leher dan bahu anda, sehingga leher kelihatan lebih panjang dan tubuh bahagian atas lebih kurus.

Pakaian

7. Satu Warna
Berpakaian dari atas sampai bawah dengan satu warna, seperti navy atau hitam. Satu warna membuat tubuh anda kehilangan 10kg.

8. Perlihatkan Motif
Motif-motif kecil, membuat tubuh anda sedap dilihat. Sebaliknya pakaian dengan motif besar, terutama pada atasan dan bawahan akan membuat tubuh anda kelihatan gemuk 10kg.

9. Garis Vertical
Untuk membuat efek tubuh anda kelihatan lebih tinggi dari keadaan sebenar, kenakan motif vertical kecil-kecil pada seluar, skirt, baju, dan dress. Garis horizontal membuat tubuh kelihatan lebih lebar.

10. Celana Panjang
Cara sederhana untuk membuat kaki tampak lebih tinggi adalah dengan mengenakan celana panjang, agar kaki anda tidak terpotong di tengah yang terkesan pendek.

Finishing Touch

11. High Heels
Jika anda tidak senang dengan tubuh anda yang kurang proposional, kenapa tidak kenakan high heels untuk menunjang penampilan? High heels boleh membentuk profil tubuh anda menjadi ramping dan tampak tinggi.

12. Pilihan Tas
Pilihlah tas tangan yang tidak bersaing dengan tubuh anda. Kerana ia akan membuat tubuh lebih gemuk. Perempuan bertubuh ramping kelihatan seksi bila dia mengenakan tas kecil sebagai penunjang penampilan. Sedangkan mereka yang memiliki tubuh besar, sebaiknya pilihlah tas ukuran sedang. Bowling bags atau doctor bag tidak sesuai kerana ia membuat si pemakainya kelihatan lebih besar.

13. Aksesori Anting-anting
Model anting-anting panjang dan tipis menyamarkan wajah bulat anda memjadi slim.

Source: Metro Perdana, May 2011

Menjadi Menantu Kesayangan

Berikut beberapa panduan untuk menjadi menantu kesayangan:

1. Mulakan berkenal-kenalan dengan keluarga (bakal) mentua sebaik sahaja anda sah bertunang. Jika tinggal berjauhan, hubungilah mereka melalui telefon sekadar untuk bertanya khabar. Jika duduk berhampiran, cuba sesekali luangkan masa mengunjungi rumah mentua.

2. Jangan berkunjung dengan tangan kosong. Bawalah buah tangan. Paling kurang, bawalah kuih-muih atau buah-buahan. Namun, lebih elok jika anda membawa cenderahati seperti sepasang kain sebagai tanda kenangan.

3. Kenali sikap sebenar mentua anda. Cuba tanya pasangan anda kesukaan dan kebencian mentua. Jika anda tahu apa yang disukai dan dibenci, secara tidak langsung ini boleh memberikan persediaan ketika menjadi ahli keluarganya kelak.

4. Jangan sesekali anda memarahi anaknya di hadapan mereka (mentua) setelah berkahwin. Keadaan tersebut menggambarkan sikap sebenar anda terhadap anak mereka. Keadaan tersebut mungkin akan membuat mentua benci.

5. Cuba mengambil hati mentua dengan bercerita mengenai pengalaman lucu yang boleh menghiburkan hati mereka pada setiap kali bertandang. Berceritalah dengan sepenuh perhatian agar mentua tidak bosan. Tetapi, jangan pula anda bercerita sesuatu yang dianggap bodoh, dan boleh memalukan diri sendiri.

6. Berkongsi minat dengan mentua. Contohnya, kalau dia suka bercucuk tanam, anda juga harus belajar bercucuk tanam. Kalau dia suka memasak, cuba belajar memasak daripadanya. Tunjukkan yang diri anda betul-betul berminat dengan apa yang diminatinya. Tetapi, anda dinasihatkan jangan belajar sambil lewa kerana mungkin dia menganggap anda main-main.

7. Apabila tiba hari-hari penting seperti Hari Ibu, Hari Bapa, ulang tahun perkahwinan, dan hari lahir, jangan lupa menelefon mengucapkan sesuatu. Lebih baik jika anda mengunjungi rumah mentua dengan membawa hadiah, atau anda juga boleh membuat kejutan dengan mengadakan majlis untuk mereka.

8. Paling penting, jaga pertuturan anda. Jika sebelum ini anda seorang yang ‘mulut lepas’, anda dinasihatkan agar sentiasa menjaga pertuturan anda. Kata orang, kerana mulut badan binasa. Oleh itu, berhati-hati semasa menuturkan sesuatu di hadapan mentua agar tidak menyinggung perasaan keluarga mereka.

9. Jika ada majlis kenduri, pastikan anda rajin membantu mengemaskan apa yang patut, terutamanya jika kenduri dilakukan dengan memasak sendiri. Pasti banyak barang yang patut dibasuh seperti periuk, kuali, gelas, atau pinggan mangkuk. Meskipun anda penat, cuba sibukkan diri anda dengan membantu apa yang patut. Kalau majlis dilakukan secara catering, cubalah mengemaskan apa yang patut di dalam atau di luar rumah.

10. Cuba mengasihani keluarga mentua seperti anda menyayangi keluarga sendiri. Anggaplah mereka sebahagian daripada darah daging sendiri agar hubungan akan bertambah mesra, dan berkekalan hingga ke akhir hayat.

Source: Metro Perdana, Julai 2011 

Monday, 3 October 2011

kuruskan badan

tips ni khas utk aku sendiri and sape2 yg nk kurus la...tp kna disiplinkan diri anda la..jgn hangat2 tahi ayam je k..

1. breakfast is a must even makan roti 1 keping je
2. jangan makan fastfood or makanan ringan
3. elakkan dari minum air bergas
4. seelok-eloknya minum 8 gelas air or above in a day
5. banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan
6. kurangkan pengambilan garam dan minyak berlebihan dlm msakan dan makanan
7. exercise is a MUST, AT LEAST 3 kali seminggu selama 20 minit
8. mkn banyak tp dlm kuantiti yg SEDIKIT shja
9. kawal emosi anda. kalo xkawal, anda akan mkn dengan penuh emosi. cthnya: time marah or sedih

selamat mencuba....